Kelington Group Berhad (KBG) merupakan salah satu kaunter kegemaran saya. Kenapa? Jom kita kaji sama2 dari aspek Catalyst, Fundamental dan akhir sekali Teknikal.
Berdasarkan catalyst terbaharu, KGB dilaporkan telah berjaya mendapatkan kontrak di awal tahun 2019 dari Singapura sebanyak RM93juta. Berita ini tentu menggembirakan pemegang saham KGB memandangkan ia dianggap permulaan yang baik bagi suku tahun pertama 2019. Dengan perkembangan yang positive diantara China dan US, KGB dilihat mampu meraih keuntungan yang lebih pada tahun 2019.
Secara fundamental, KGB sangatlah menawan..Haha..mengapa saya katakan begitu? Pertama kita perlulah memahami bahawa perniagaan / perkhidmatan utama KGB ialah menyediakan perkhidmatan Ultra High Purity dan Process Engineering kepada pelanggan korporat mereka. KGB pada tahun 2017 telah melebarkan sayap perkhidmatan dengan membekalkan perkhidmatan General Contracting kepada pelanggan yang memerlukan kepakaran pekerja - pekerja mereka. Dengan adanya sayap perkhidmatan yang baru, pengurusna KGB telah bukan sahaja mampu memaksimakan aset utama mereka iaitu kepakaran pekerja, malah mampu memberikan jaminan kepada pekerja mereka disebalik ketidaktentuan ekonomi kini. Tahun 2018 sekali lagi pengurusan KGB telah memutuskan satu lagi sayap perkhidmatan diberikan iaitu perkhidmatan Industrial Gases. Luar Biasa bukan? Dengan sikap yang optimistic, pengurusan KGB telah mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat dan bagi saya, mentaliti ini merupakan suatu kekuatan luar biasa KGB.
Kita lihat pula kepada Revenue Growth yang berjaya dicatatkan oleh KGB 3 tahun kebelakangan ini amat luar biasa. Pada tahun 2016, dengan pendapatan berjumlah RM340 juta dan keuntungan sebanyak RM8.6 juta, keuntungan yang direkodkan pada tahun 2017 berjaya mencatatkan peningkatan kepada RM12.2 juta disebalik penurunan sedikit dari jumlah Pendapatan sebanyak RM317 juta. Impressive kan? Ini bermakna, pada tahun 2017 pihak pengurusan KBG telah melaksanakan cost effective yang amat baik dan menyumbang kepada peningkatan profit margin. Dan tahun 2018 pula, peningkatan Pendapatan seiring dengan keuntungan dicatatkan dimana Pendapatan berjumlah RM349 juta dan keuntungan sebanyak RM18juta berjaya diraih.
Dari segi aspek penembusan pasaran pula, amat mengejutkan bahawa disebalik ketidaktentuan ekonomi, Malaysia dan Singapura masih menjadi pasaran utama KGB. Dengan pasaran Malaysia merangkumi 32% dan Singapura pula sebanyak 31.8%, pasaran China meningkat dari 17% pada tahun 2017 kepada 30.6% pada tahun 2018. Dengan keseimbangan pasaran ini, ia ternyata baik untuk KGB yang tidak akan menerima tempias yang besar hasil pertembungan China dan US melalui Trade War baru - baru ini.
Dari segi aspek kestabilan operasi perniagaan pula, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa KBG memiliki Quick Ratio yang tinggi iaitu pada kadar 1.69. Ini bermakna, seandainya KGB membayar semua hutang - hutang termasuk Long Term Borrowing yang berjumlah RM1.5juta, KGB masih memiliki kecairan asset yang tinggi untuk meneruskan operasi..Menarik bukan? tambahan pula, KGB tidak memerlukan kepada Current Ratio kerana percentage Inventory kepada Current Asset hanya 0.55% sahaja..Wow!
So, pelabur fundamental dengan sendirinya tidak memerlukan pengiraan Debt To Equity Ratio memandangkan Quick Ratio yang saya terangkan di atas telah mampu memberikan anda senyuman yang lebar tanpa risau akan kebankrapan syarikat..Beralih pula kepada EPS, dengan hampir konsisten EPS dicatatkan pada tahun 2016 sebanyak 2.08, 2017 sebanyak 2.00 dan 2018 sebanyak 1.99, menarik bukan? Perlu diingat juga pihak KGB baru sahaja menerbitkan saham baru dengan exercise of 14,547,700 convertible warrant kepada saham...EPS yang hampir konsisten ini pada pandangan peribadi saya sangat luar biasa.
Jom kita ke Analisa Teknikal pula. Berdasarkan prestasi kaunter KGB, ia dilihat baru sahaja berjaya memecahkan Double Bottom terjadi pada sekitar Oktober dan Novermber 2018. Dengan trend terbaharu menunjukkan uptrend, KBG dilihat berjaya melepasi Resistance pertama iaitu pada harga RM1.26 - RM1.28. Resistence seterusnya yang juga merupakan All Time High adalah sekitar RM1.31 - RM.1.34. Dari aspek trend volume analisis pula, volume terkini menunjukkan berjaya memecahkan downline trend seperti dirajah. Volume pada hari hari seterusnya dijangka akan meningkat seterusnya mampu melonjakkan harga jauh ke atas. Seterusnya petunjuk (indicator) MACD seakan menghampiri perubahan trend. Histogram downtrend MACD dilihat melemah dan mampu memberikan buy signal kepada pedagang dalam masa terdekat. Namun begitu, petunjuk (indicator) Stochastic RSI telah lebih awal memberikan petanda dimana garisan Stochastic telah berjaya melepasi tahap Oversold (20).
Selamat melabur dan berdagang..Semoga Idea ini memberikan manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca :)
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.