Corak Candlestick + Histogram + Melepasi paras rintangan

Pada Carta 4 jam telah menunjukkan corak candlestick (Doji) yang bertahan pada EMA9 serta histogram warna pink berubah kepada warna hijau pertama dan histogram hijau kedua bergerak menghampiri paras 0.005 dan harga juga telah melepasi paras ketinggian sebelumnya telah menunjukkan tanda - tanda awal bull telah menguasai pasaran.

Selepas tanda-tanda yang berlaku pada carta 4 jam, boleh perhatikan pada carta 15 minit untuk mencari harga yang bersesuaian untuk masuk dan salah satunya harga yang bersesuaian iaitu pada harga yang bertahan pada EMA9 dan pada paras garisan rintangan kepada sokongan seperti yang ditunjukkan dalam carta.


PENAFIAN :

Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Berdagang di atas risiko anda sendiri.
Chart PatternsTechnical Indicators

Ngoài ra, trên:

Thông báo miễn trừ trách nhiệm