Serba Dinamik adalah kumpulan perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada O&G dan industri penjanaan tenaga dengan kemudahan operasi di Malaysia, Indonesia, UAE, Bahrain dan UK. Di bawah penyelesaian kejuruteraan, kami menyediakan perkhidmatan O&M dan karya EPCC. Di bawah perkhidmatan O&M, menyediakan MRO peralatan berputar yang merangkumi turbin gas dan wap, enjin, motor, pam, pemampat dan kipas industri; IRM peralatan dan struktur statik termasuk dandang dan saluran tekanan yang tidak siap, sistem dan struktur paip, serta penyelenggaraan kawalan proses dan instrumen. Perkhidmatan O&M kami untuk, platform pengeluaran O&G, kilang minyak mentah O&G, kilang pembuatan petrokimia dan kilang LNG. (info kredit - Isaham) Ringkasan Kronologi Harga :
Sejak 6 Febuari 2017 penyenaraian di papan Utama Bursa kual Lumpur . kenaikan harga yang berterusan sehingga pada awal tahun 2020 , walaupun harga minyak sedunia mengalami kemerosotan nilai setong .. Apabila terdapat berlakunya krisis pandemik covid 19 bermula padal awal tahun 2020 & keseluruhan pasaran dunia & Bursa mengalami kejatuhan panik serta Harga saham Serbadk juga mengalami kejatuhan yang teruk .
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Secara analisa teknikal Gelombang Elliot dengan pengiraan terdapat adanya kes gelombang 5 yang telah membuat sambungan iaitu sambungan gelombang 5 melebihi panjang gelombang 3, jika terdapat kes sambungan Gelombang ..telah berlakunya penurunan yang tajam dan selepas itu sebenarnya saham Serbadk mendatar dalam bentuk corak Gelombang Pembetulan (correction) iaitu berbentuk Zigzag , Rata (Flat) & Zigzag di sepanjang tahun 2020 dan juga ketika tahun 2021, corak Rata itu juga telah membentuk Corak Kepala & bahu (Head & Shoulder) dengan keseluruahan pembentukan ini juga bahawa Gelombang Pembetulan masih belum berakhir.
di tambah lagi dengan berita yang menjadi sensasi , telah menyebabkan kejatuhan panik yang teruk pada Akhir bulan Mei 2020.
ini adalah pengajaran & pendidikan untuk melihat keadaan tren pasaran semata mata .
Panduan Sambungan Gelombang 1. Berlaku dalam gelombang motif 1, 3, 5. 2. darjah magnitud yang sama 3. Biasanya dalam gelombang 3 atau 5 4. Sambungan gelombang 5 = Pembetulan tajam akan berlaku 5. Pemanjangan sambungan boleh berlaku (Double Extenstion)
(Peringatan - Mohon Risiko & Ganjaran dalam Perdagangan anda (Trailing Stop Loss)
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.