• Selepas emas membuat harga tertinggi pada 7 Ogos 2020, harga menurun dan sampai sekarang masih belum mampu untuk membuat harga tertinggi yang baru.
• Emas cuba untuk membuat harga tertinggi yang baru pada 8 Mac 2022 tetapi masih tidak mampu melebihi harga pada 7 Ogos 2020.
• 2 tahun emas dalam keadaan sideways atau mendatar.
• Persoalannya, adakah emas telah bergraduasi daripada trend sideways ini?
• Berkemungkinan emas telah bergraduasi dengan 2 justifikasi:
i. Pembentukan signal 'strong double bullish divergence' (yang ditunjukkan oleh 2 daripada 5 oscillator yang digunapakai).
ii. Rebound di atas garisan flat.
• Walaubagaimanapun, emas perlu melepasi 3 resistance @ rintangan penting untuk meyakinkan lagi analisis ini:
i. Garisan downtrend.
ii. MA 50 yang merupakan dinamic support yang paling sesuai dengan emas.
iii. Horizontal resistance (1804 - 1813) yang diambil berdasarkan Fixed Range Volume Profile (FRVP), dimana transaksi yang banyak berlaku sejak 7 Ogos 2020 sehingga hari ni adalah pada tingkat harga 1804 - 1813.
• Kiraan Elliott Wave ini valid selagimana harga tidak jatuh melebihi invalidation level (1680.20).

Nota Kaki
• Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
• Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
• Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
• Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, horizontal resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance

• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
15 Degrees of Elliott Wave


#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

.

PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Besar kemungkinan analisis² ini adalah tidak tepat. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.

🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
DivergencedoubledivergencesElliott WaveelliotwaveanalysisFLATfrvpGoldgoldideaTechnical IndicatorsreboundTrend AnalysisTriangle Wave

Ngoài ra, trên:

Thông báo miễn trừ trách nhiệm