Frontken Corporation Berhad adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang terlibat dalam pemegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan kepada anak-anak syarikatnya. Syarikat beroperasi menerusi penyediaan teknologi metamorfosis permukaan menggunakan proses salutan semburan termal dan satu siri proses pelengkap, termasuk segmen kerja kejuruteraan mekanikal dan kimia.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), Frontkn berjaya memecahkan segi tiga dan 2 paras rintangan selepasnya sebelum menutup sesi dagangan pada paras tertinggi.
2. Paras sokongan semasa adalah pada RM1.47.
3. Hari ini, Frontkn telah mencatat paras tertinggi dalam 3 hari dan kenaikkan ini disokong dgn volume yg tinggi dari 2 hari sebelumnya.
4. Stochrsi menunjukkan masih ada ruang utk Frontkn meneruskan kenaikkannya.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.