BTC (Minat Penjualan yang Kuat)

Bitcoin (BTC) masih tidak mampu melepasi rintangan dinamiknya iaitu MA 50. Harga hanya retest kemudian meneruskan kejatuhan. Kejatuhan ke bawah MA 50 ini telah didorong oleh signal 'strong bearish divergence'.

Terkini, setelah BTC jatuh di bawah MA 50, muncul pula signal 'hidden bearish divergence' menandakan momentum pembelian masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan yang lebih kuat. Kemungkinan, harga akan meneruskan kejatuhan sehingga ke support seterusnya iaitu RM 177,000.

Nota kaki:
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'rintangan dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
asetdigitalbearishdivergenceBitcoin (Cryptocurrency)BTCCryptocurrencyHidden Bearish RSI DivergencelunoMoving AveragesOscillatorsretestSupport and Resistancetokenize

Ngoài ra, trên:

Bài đăng liên quan

Thông báo miễn trừ trách nhiệm