Beli AUD, USDJPY atau AUDJPY bila saham Dow Jones naik kembali
Hari ini dari pagi hingga ke malam tidak ada berita lain yang menjadi berita utama, iaitu tentang Trump sedang bersedia untuk menambah senaraii barang-barang teknologi tinggi buatan Amerika yang tidak boleh dibeli oleh China. Apa saja perkara negatif berkaitan China akan melemahkan saham-saham dunia, turunnya harga oil, AUD, USDJPY dan AUDJPY.
Tariff Amerika keatas China dijadualkan pada 6 July. Senarai terbaru barangan teknologi tinggi yang tidak boleh dibeli oleh China bakal diumumkan pada hujung minggu. Masih ada banyak masa lagi dan pasaran mungkin berubah arah bila-bila masa. Jika saham atau Dow Jones naik kembali, belilah AUD, USDJPY atau AUDJPY. Ini juga satu cara lain untuk mereka yang suka long Dow futures
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.