sufiansaid

EURUSD dah kena "bottom"?

OANDA:EURUSD   Euro / Đô la Mỹ
Apabila ada seorang trader PM saya selepas membaca idea saya untuk short EURUSD, dia menegur dan mengatakan saya telah short EURUSD di level "bottom" dan membuat argumentasi dimana EURUSD telah dalam bearish wave yang sudah melimpasi kebiasaan dan terlalu lama sudah didalam bearish wave.

Saya tidak reply dia sebab saya tidak suka debate dalam hal ehwal trading ni sebab "there is no right or wrong" dalam tatacara analisa trading. Walau bagaimanapun, saya cuba mencari jika apa yang beliau katakan itu ada "evidence" atau tidak.

"ombak bearish yang sudah melimpasi kebiasaan" : EURUSD pernah melalui bearish bearish sebesar 3,644 pips dari tahun 2014 sehingga 2016. Pernah juga bearish wave melalui 3,374 dan 2,891 pips. Bearish wave setakat ini adalah 1,600+ pips

terlalu lama sudah didalam bearish wave. : Saya tidak mendapati "pattern" yang mana-mana trader boleh membuat conclusion yang EURUSD telah didalam bearish wave terlalu lama. Ada masa EURUSD didalam bearish wave selama 3 bulan, 1 bulan dan 2 tahun. Baik, mungkin trader tersebut menganggap ketika EURUSD dalam bearish wave selama 2 tahun itu hanya satu "outlier" dan oleh itu beliau rasa bearish wave ketika ini terlalu lama kalau dibandingkan ketika bearish wave selama 3 bulan dan 1 bulan (Feb 2019 hingga sekarang) ], tetapi itu tidak menafikan sifat "random" dalam jangka masa bearish wave untuk EURUSD

Saya berpendapat argument teman trader berkenaan menyatakan sesuatu tanpa "evidence", mungkin sekadar analisa beliau yang masih ada probability ianya tepat dan salah.. sama seperti analisa saya sekarang yang masih bearish bias akan EURUSD. Tidak penting jika kita jangka tepat atau salah, yang penting kita ada method pengurusan risiko apabila kita salah.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.