FBMKLCI di buka tinggi pada permulaan dagangan tetapi telah di tutup hampir pada paras terendah harian 1668.11 turun -25.4 mata. jika trend ini berterusan, ia amatlah tidak baik untuk FBMKLCI, jika indeks di buka esok di bawah paras 1670, maka FBMKLCI sekali lagi jaruh di bawah paras sokongan garisan arah aliran dinamik. apa yang merisaukan ialah, jika ia berterusan jatuh, ditambah pula dengan momentum yang besar dan kuat, ini akan memungkinkan indek telah jatuh di bawah neckline corak head and shoulder, dan paras sasaran berikutnya adalah berkemungkinan di bawah paras 1300 kalau mengikut sasaran X2X.
Untuk itu, saya suka mengajak para pelabur dan pedagang untuk monitor saham saham yang mempunyai market capitalisation yang tinggi seperti PBBANK, MAYBANK, TENAGA dan PCHEM untuk melihat kemana kah arah tujuan indek semasa. Ini adalah kerana jika Indeks betul akan jatuh, maka, saham saham yang mempunyai market capitalisation yang besar inilah yang akan menjadi penyebab kejatuhan FBMKLCI.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.