Dari segi corak carta, index KLCI sudah memecahkan paras sokongan ke bawah didorong dengan lanjutan impak penularan virus COVID-19 dan suasana geopolitik Malaysia pada hujung minggu lepas. Ini bertepatan pula dengan pembentukan corak double top dan sudah melepasi paras neckline untuk breakout ke bawah. Namun terdapat garis trend sokongan yang mungkin menghalan kejatuhan ini dari berterusan dan berkemungkinan indeks sedang membentuk corak ascending triangle yang mana itu corak bullish dalam jangka panjang. Cuma dalam keadaan semasa jangkaan indeks akan terus ditekan ke bawah dan sebarang kenaikan adalah bersifat technical rebound sahaja. Paras horizontal adalah paras yang memungkinkan indeks membuat lantunan.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.