zackdinz

Kajian FCPO

Giá xuống
MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Daripada kajian teknikal, beberapa paras sokongan dan rintangan yang menjadi penentu kepada perubahan pergerakan harga market. Paras di antara 2070 dan 2093 adalah dijangka sebagai kawasan sideways. Sekiranya harga berjaya melepasi ke bawah 2070. Kemungkinan ia akan meneruskan perjalanan ke paras seterusnya iaitu 2035, 2020 dan 1993. Sebaliknya sekiranya harga melepasi ke atas paras 2093, ia akan meneruskan perjalanan ke paras seterusnya iaitu pada 2115.

Daripada sudut kajian fundamental dan berita, minyak kelapa sawit telah mengalami beberapa perubahan daripada sudut permintaan terutamanya daripada Eropah yang masih lagi optimis menyatakan kelapa sawit adalah penyumbang kepada pemanasan global dan risiko kepada kesihatan. Di tambah dengan krisis di antara Amerika dan China yang menyebabkan harga minyak tropika menurun secara mendadak. Oleh disebabkan keadaan harga yang tidak menentu, syarikat Felda telah mengambil initiatif untuk mencari alternatif kepada komoditi minyak kelapa sawit.

Jangkaan untuk minggu depan, minyak kelapa sawit akan menurun secara mendadak kerana waktu perdagangan yang singkat disebabkan oleh cuti umum. Pelabur kemungkinan akan mengurangkan aktiviti berdagang untuk mengurangkan risiko kerugian.

Diharap kepada pedagang FCPO mengambil langkah berhati -hati. sekian dari kami MEG.SMOKE. EVO Channel t.me/smokevo .
Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.