KENALI CORAK PATEN 3 ASKAR PUTIH DAN 3 GAGAK HITAM
- 3 askar putih ialah salah satu corak candlestick bullish /menaik manakala 3 gagak hitam pula salah satu corak candlestick bearish /menurun. - Kedua-dua corak ini adalah salah satu tanda perubahan trend sama ada berubah daripada menurun ke menaik ataupun sebaliknya
1️⃣ 3 Askar Putih
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 batang lilin solid marubozu hijau. ◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka perubahan trend menurun akan berubah menjadi trend menaik. Kebarangkalian besarnya, rally ataupun kenaikan akan berterusan sehinggalah lilin tanda retrace/ bearish muncul seperti gravestone doji, hanging man dan sebagainya. ◼ Tambahan lagi, corak paten 3 askar putih ini haruslah disokong dengan volume yang meningkat secara average dan tiada unsur anomoly ( PVA Law).
2️⃣ 3 Gagak Hitam
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 solid marubozu merah . ◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka keberangkalian perubahan trend menaik akan berubah menjadi trend menurun. Kebarangkalian besar juga, penurunan akan berterusan sehinggalah lilin tanda reversal/ bullish muncul seperti hammer,morning star dan sebagainya.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.