Sektor: Teknologi Elektronik Industri: Kelengkapan/Instrumen Elektronik
1. Analisa Trend
I. IRIS telah mengalami penurunan setelah ia cuba untuk memecahkan harga 0.450 pada 02 Februari 2021. II. Paras harga "resistance" terkini ialah 0.230 dan paras harga "support" ialah 0.200. III. Kini, IRIS sekali lagi telah memecah harga "resistance" pada paras 0.230 dan ia tutup dengan harga di paras tersebut pada 20 Ogos 2021. IV. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline" setelah melakukan penurunan. V. Sekiranya ia kekal berada diatas paras tersebut boleh mula perhatikan IRIS.
2. Penunjuk indikator
I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah ada tanda nak bersilang keatas garisan MA20(merah). Selain itu, IRIS juga masih berada dibawah garisan MA50.
II. MACD - Garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal.
III. RSI - IRIS menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.