MPHBCAP dilihat melakukan penurunan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu mematuhi rintangan garisan trend
Harga kini dilihat berada di titik penentuan antara garisan rintangan dan juga garisan trend kenaikan yang terjadi sejak beberapa bulan dagangan yang lalu Sekiranya berjaya memecahkan rintangan beserta volum, harga dijangka akan meneruskan trend kenaikan yang seterusnya Sebaliknya sekiranya harga jatuh di bawah garisan sokongan, dikhuatiri kaunter ini sudah memulakan pergerakan menurun Analisa volum mendapati harga selari dengan pergerakan harga dan tiada sebarang anomali dikesan, volum ketika harga berada berdekatan sokongan juga dilihat normal Petunjuk MACD mingguan pula dilihat menghampiri paras sifar namun belum melakukan persilangan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.