PDCE dilihat bergerak dalam saluran menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu selari dengan saham sektor tenaga yang lain
Namun, terdapat beberapa tanda-tanda yang menimbulkan kebimbangan kenaikan harga tersebut.
Pertamanya, petunjuk RSI dilihat seakan membuat penurunan tatkala harga membuat tinggi yang baharu. Jika analisa volum diambil kira, jumlah volum yang dilihat tinggi ketika harga membuat tinggi yang baharu seolah menunjukkan belian telah mencapai klimaks. Hal ini boleh diperhatikan juga pada jumlah volum yang terjadi ketika harga membuat tinggi yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, jika diperhatikan selang masa harian terdapat volum yang tinggi tatkala harga berada berdekatan EMA200 harian pada 17 Disember 2021. Justeru, tidak mustahil juga minat jualan telah klimaks dan diambil alih dengan minat belian. Garisan purata EMA20 dan EMA50 mingguan dilihat bertindak menyokong pergerakan harga (tidak ditunjukkan)
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.