MYX:CCK   CCK CONSOLIDATED HOLDINGS BHD
Walaupun keputusan kewangan sukuan keempat CCK tahun ini dinisbahkan dengan tahun 2017 (YoY) mencatatkan penurunan sebanyak -55.1%, harga CCK kelihatan tidak terjejas kerana masih mampu bertahan di atas "trendband" hijau lagi. Selepas pengumuman dibuat pada 25 Februari, berlaku sedikit penjualan panik pada pada 26 Februari menyebabkan berlaku "gap down" pada harga 0.605 sebelum jatuh ke paras terendah 0.575. Namun kaunter ini berjaya naik semula bermula jam 9:30 pagi sehingga dapat tutup semula "gap" pada jam 10:30 pagi. Akhirnya ia dapat kembali semula ke paras tertinggi 0.665 semasa tutup pada hari tersebut. Walaupun keputusan sukuan tahun ke tahun YoY mencatatkan penurunan yang banyak, keputusan sukuan QoQ masih berada di paras yang sama. Hasil jualan juga masih berada di atas 151 juta ringgit.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.