AT kelihatan sangat kuat. Gelombang ketiga kelihatan telah naik sebanyak 5.618 kali ganda gelombang 1.
Begitulah kegilaan Irrational Exuberance di Bursa.
Walaupun begitu, admin cenderung untuk melabel kenaikan ini adalah Gelombang 3, kerana di timeframe Harian masih belum ada Bearish Divergence di sebarang oscillator seperti RSI .
Kelihatan bahagian besar rally boleh dimasukkan dalam saluran menaik, juga menyokong bahawa kenaikan ini adalah gelombang 3.
Sehingga tahap ini, kejatuhan AT masih disokong oleh saluran menurun merah (Deceleration Channel). Sekiranya harga bermain dalam saluran ini, bermaksud kejatuhan ini hanyalah korektif dan masih ada potensi kenaikan. Sekiranya harga memecahkan garisan bawah aliran menurun, maka ia memberi kemungkinan bahawa kejatuhan ini mungkin bukan lagi korektif.
Jadi dimana mahu membeli AT?
1. Beli di paras sokongan fibo 0.382 atau 0.5. Paras paras ini juga bertindan dengan garis bawah saluran menurun yang bakal menjadi paras sokongan kuat.
2. Cara kedua untuk membeli AT adalah bila harga telah jelas memecahkan saluran menurun merah (Deceleration Channel).
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.