Terdapat dua langkah untuk mencipta pemberitahuan:
1. Mencari Aras Harga Penting Membuat kajian anda. Mencari aras harga dan tunggulah. Kesabaran adalah penting. Anda memiliki peralatan tersedia untuk membuat kajian dan mengikuti pasaran. Sama ada garis trend asas, purata bergerak atau Skrip Pine khusus, gunakanlah peralatan tersebut untuk membuat keputusan yang lebih baik. Carilah entri dan keluar yang sesuai.
2. Mencipta Pemberitahuan Selepas menemui aras yang menarik perhatian anda, cipta pemberitahuan dan lupakannya. Klik kanan pada aras harga tersebut dan memilih "Mencipta Pemberitahuan" daripada menu. Anda juga boleh menggunakan kekunci pintas Alt + A atau opsyen Mac + A. Akhir sekali, di atas setiap carta terdapat ikon jam loceng ⏰. Klik di sana untuk membuka menu pemberitahuan anda dan bermula.
Carta dalam contoh ini menunjukkan aras yang sedang kami pantau. Ia hanyalah contoh untuk pendidikan. Ia juga menunjukkan pemberitahuan yang kami cipta ditandakan dengan garis jingga. Pemberitahuan anda akan kelihatan seperti ini dan anda boleh mencipta pemberitahuan untuk mana-mana simbol i.e THBTC, APPL, dan TSLA / BTCUSD. Dalam contoh ini, kami telah menandakan 'double bottom' yang kami akan tunggu dengan sabar. Biarkan pemberitahuan tercetus sebelum melakukan apa-apa.
Kami akan menerima notifikasi di aplikasi mudah alih TradingView , melalui e-mel dan di atas meja kami(desktop). Barulah kami akan bertindak. Ini menjadikan perdagangan kami lebih terurus daripada memantau setiap tick, setiap minit. 😁
Pemberitahuan dapat membantu anda membuat pelan. Kami semua tahu kesabaran sangatlah penting. Jadi gunakan pemberitahuan untuk menunjukkan kesabaran tersebut.
Terima kasih kerana membaca dan kami mengalu-alukan maklum balas anda di ruang komen di bawah!
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.