wizoffx

GBPJPY - Harga Akan Kekal Naik Di Atas 150.00

Giá lên
FX:GBPJPY   Bảng Anh/ Yên Nhật
Pasaran terus kelihatan tidak tentu arah pada ketika ini.

GBPJPY adalah salah satu daripada beberapa pasangan mata wang yang boleh ditentukan melalui trend.

Ini menjadikan pasaran ini lebih mudah diperdagangkan daripada pasangan yang lain seperti EURUSD atau GBPUSD yang ada di semua tempat.

Antara sebab lain mengapa kami menyukai GBPJPY sejak akhir-akhir ini adalah kerana pasangan ini sangat menghormati tahap-tahap utama.

Dan bercakap mengenai aliran menaik, pasangan ini masih berusaha mencapai sasaran akhir kami iaitu pada 155.00.


Perhatikan pertemuan rintangan di kawasan itu.

Bagi tindakan harga semasa, GBPJPY kekal menaik selagi ia berada di atas 150.00.

Kami sedang memerhatikan penutupan harga harian di atas 150.00 untuk kenaikan yang lebih tinggi.

Sudah tentu, GBPJPY telah menembusi di atas 150.00 pada 8 Mac lau, dan terus menghantar pasangan ini dalam kenaikkan 200 pip.

Rintangan utama seterusnya pada carta ialah 152.80.

Penembusan di atas 152.80 setiap hari penutupan, maka GBPJPY semestinya bakal menuju pada arah 155.00.

Sebagai alternatif, penutupan di bawah 150.00 akan menidakkan atau sekurang-kurangnya melambatkan kenaikkan ini, membuat penurunan dan berkemungkinan mendedahkan harga 148.00.
Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.