InsanBiasa

Analisa GBPJPY

Giá lên
FX:GBPJPY   Bảng Anh/ Yên Nhật
Bismillah .

1 .Pasangan matawang Pound Sterling vs Japanesse Yen telah mencatatkan kejatuhan yang agak mendadak dalam tempoh lebih kurang seminggu lebih hingga menembusi setiap support yang ditemui dan meneruskan kejatuhan sehinggah artikel ini ditulis .

2 .Bila kita buka di tf daily,price sudah berada di dalam zone support .Selain itu di timefraime daily juga indikator rsistoch menunjukkan price berada dalam paras oversold yang MEMUNGKINkan price akan membuat reversal .

3 .Pada saat ini,harga untuk pasangan matawang pujaan trader trader di malaysia ini telah mencatat harga terendah untuk tahun ini dan terus mencuba untuk membuat harga yang lebih rendah .

Idea dagangan

1 .Saya masih optimis untuk membeli pasangan ini dengan risk yang bersesuaian .

2 .Untuk membeli pasangan ini,harus di perhatikan kemunculan candle candle reversal pattern yang menunjukkan terdapat rejection di zone support(kotak kuning).

3 .Akan tetapi, jika price berjaya juga menembusi zone support semasa(kotak kuning), pasangan ini berKEMUNGKINAN akan menguji zone support yang seterusnya .

4 .Namun jika harga gagal menembusi zone support,price berpotensi untuk menguji support become resistance (kotak biru ) sebelum pasangan ini hilang maruah untuk meneruskan terjunannya .

Persoalannya ,mampukah harga pasangan ini meneruskan kejatuhan lagi ibarat tiada titik akhir ? atau ini saatnya harga akan menukar arah untuk membuat pembetulan ? wallahu`alam . pilihan di tangan anda .

p/s

Analisa hanyalah sekadar analisa . tiada yang tepat dalam market forex ini kerana market ini bukan la kita yang punya . siapa yang punya ? wallahu`alam .

Berdagangla dengan berhemah .
Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.