Saham syarikat Hextar Industries Berhad dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Terkini kedudukan harga dilihat berada berdekatan dengan rintangan arah aliran menurun Walaubagaimanapun volum dilihat rendah ketika harga mendekati rintangan menunjukkan masih kurangnya minat belian Melihat pada selang harian pergerakan harga juga seakan membentuk corak carta bendera Namun perlu juga diambil perhatian dengan volum jualan yang sebelum ini dilihat tinggi berlaku Petunjuk RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat menunjukkan momentum dengan RSI mingguan hampir memasuki 'overbought' Selagimana harga belum memecahkan rintangan dengan volum pergerakan adalah dikatakan cenderung mendatar
Ke mana halatuju harga seterusnya? sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.