naimmp98

KEYASIC (Berehat atau Bertukar Arah?)

MYX:KEYASIC   KEY ASIC BHD
Sektor:
- Technology, Internet of Things (IoT), Electronic.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, KEYASIC telah mencatatkan kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) KEYASIC juga dalam trend menurun. Keuntungan dan revenue KEYASIC menunjukkan kemerosotan YoY masing² sebanyak -159.23% dan -7.78%.
- Dari sudut Teknikal, dalam time frame (tf) daily, KEYASIC menunjukkan kenaikan parabolic dengan volume yang sangat signifikan.
- Hari ini, KEYASIC membentuk candle gravestone doji pada tf daily memberikan signal reversal.
- Bagi meneliti lebih terperinci, saya gunakan tf 4 jam untuk membuat kajian.
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, kini KEYASIC dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu RM 0.210.
- KEYASIC perlu membuat rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gravestone Doji = Keadaan dimana harga buka sama dengan harga tutup dengan ekor panjang di atas.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.