naimmp98

KPOWER (Peluang atau Perangkap?)

MYX:KPOWER   None
Sektor:
- Industrial Products, Personal Goods, Consumer Products & Services, Green Tech, Solar.

Idea analisis:
- Fundamental KPOWER sangat kukuh. Ini dibuktikan melalui QR yang menunjukkan peningkatan keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. KPOWER juga menunjukkan peningkatan QoQ selama 6 quarter berturut² (November 2019 - Februari 2021).
- Dari sudut teknikal, KPOWER sebelum ini juga menunjukkan prestasi cemerlang.
- Kemudian, KPOWER jatuh dibawah MA 50 dan menerima tekanan jualan selama 4 hari berturut².
- Terbaru, KPOWER membentuk candle reversal iaitu bullish engulfing dan disokong oleh volume yang singnifikan dan indikator Stochastic RSI.
- Harga berpotensi ke SBR iaitu RM 2.260 jika reversal ini valid (harga tidak jatuh di bawah RM 1.790).
- Untuk confirmation yang lebih kuat, boleh perhatikan samada KPOWER dapat tutup di atas downtrend line (BDTL) atau tidak.

Nota kaki:
* SBR = Support Become Resistance
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Reversal = Bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sebaliknya.
* Stochastic RSI cross up = Line biru bersilang ke atas line line merah.
* Stochastic RSI oversold = Line di bawah paras 20.00.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.