Malaysia Smelting Corp Bhd (MSC) mempunyai permulaan yang kukuh untuk tahun ini dengan optimis bahawa pendapatan syarikat akan bertambah baik seiring dengan kenaikan harga timah.
MSC berjaya memecahkan garisan putus rintangan dengan membuat pantulan keatas setelah menguji di kawasan C 1.920. untuk mencapai kepada harga sasaran 2.810, MSC perlu bertahan dan membuat kenaikan diatas paras B (2.330).
Harga timah telah melantun semula dalam tempoh tiga bulan lepas untuk diniagakan sekitar AS$28,000 (RM121,245) satu tan, mewakili peningkatan kira-kira 58 peratus daripada paras terendah tahun lepas.
Pemulihan harga timah disebabkan oleh kekangan bekalan struktur yang berterusan, ditambah dengan peningkatan permintaan di tengah-tengah pembukaan semula China secara beransur-ansur, yang menggunakan lebih daripada 50% timah global, kata UOBKH.
MSC mencatatkan penurunan hasil pada suku tahunan Q3 Sep 22 sebanyak RM344,127,000 berbanding Q2 Jun 22 RM408,836,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM-64709,000. Keuntungan bersih yang dicapai bagi Q3 Sep 22 RM-31323,000 mengalami penurunan jika dibandingkan dengan Q2 Jun 22 RM39450,000 mencatat perbezaan sebanyak RM-70773,000.
Pemegang saham utama bagi MSC yang direkodkan pada 31 Mar 22 terdiri daripada THE STRAITS TRADING COMPANY LIMITED 26.75% sebanyak 112,360,000 unit saham yang bernialai 234.83M , diikuti STRAITS TRADING AMALGAMATED RESOURCES SDN BHD 16.55% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 69,498,000 unit saham dengan nilai sebanyak 145.25M dan SWORD INVESTMENTS PRIVATE LIMITED merupakan pemegang saham ketiga terbesar, memegang sebanyak 5.14% , 21,585,200 unit saham dengan nilai sebanyak 45.11M
corak carta : ABCD, FIBO
Nota : menerbit kan idea ini adalah semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.