Ajrun_

NCT: Dah Nak Naik ke?

MYX:NCT   NCT ALLIANCE BERHAD
Sektor: Perkhidmatan Teknologi
Industri: Perisian Berpakej

1. Analisa Trend

I. Beradasarkan carta, NCT menunjukkan ia sedang dalam keadaan yang menaik(uptrend).
II. Pada 6 Sept 2021, paras harga "resistance" ialah 0.530 dan paras harga "support" ialah 0.490. Namun, pada 7 Sept 2021 paras harga "resistance" menjadi paras harga "support" baharu.
III. Paras harga "resistance" terkini ialah 0.570 dan paras harga "support" ialah 0.530.
IV. Kini, NCT telah berada di atas paras harga "support" iaitu 0.530.
V. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline".
VI. Boleh perhatikan bagaimana pergerakan NCT .

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah bersilang keatas garisan MA20(merah). Selain itu, NCT juga sudah menembusi garisan MA50(hitam).

II. MACD - Garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Malahan, terdapat "gap" antara garisan MACD dan garisan Signal menunjukkan ia mempunyai momentum yang baik.

III. RSI - NCT menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.