KAJIAN PATAH TREND MENGGUNAKAN EMA-SIRI 2( DETAILS)

Cập nhật
Kajian dan analisis ini menggunakan indikator EXPONENTIAL MOVING AVERAGE iaitu EMA5/EMA20/EMA50/EMA100/200. Indikator ini lebih memberatkan data semasa dan hari sebelum serta ia lebih sensitif dengan perubahan harga. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti perubahan yang akan berlaku kepada harga dan memberi isyarat lebih awal kepada pedagang berkaitan perubahan trend yang akan berlaku.

Isyarat patah trend ini ditunjukkan oleh garisan EMA5( HITAM)/EMA20(JINGGA)/EMA50(KUNING)/EMA100( BIRU)/EMA200(UNGU) yang melibatkan perubahan dalam struktur/kitaran harga pasaran iaitu FASA DOWNTREND,ACCUMULATION,UPTREND dan DISTRIBUTION.

IDEA ANALISIS ;
A) DOWNTREND ( TREN MENURUN )
1. EMA5 berada di bawah EMA20 manakala EMA100 dan EMA200 berada jauh di atas.
2. Garisan EMA menunduk/menguncup ke bawah dan berada di atas harga.
3. Fasa ini melibatkan aktiviti penjualan oleh pedagang selepas daripada uptrend sebelum ini.
4. Pasaran kebiasaannya melibatkan pedagang short-term( analys trader).

B) ACCUMULATION ( PENGUMPULAN )
1. EMA5/EMA20 di bawah EMA50
2. Minat belian kurang ditunjukkan oleh volum yang masih kurang.
3. Garisan EMA mula mengecil/merapat. Sesetengah harga saham mengalami fasa ini dalam tempoh yang panjang.
4. Di akhir fasa accumulation = garisan EMA mula mengembang semula dan volum dikesan mulai masuk( minat belian).
5. EMA20 cross-up EMA50 menunjukkan isyarat awal perubahan yang akan berlaku kepada harga. Di sini adalah kawasan WATCHLIST untuk
pedagang ( short/mid-term)

C) UPTREND ( TREN MENAIK )
1. EMA20/EMA30 cross-up EMA100
2. Permulaan uptrend di kesan di mana garisan EMA mula mengembang ke atas dan harga berada di atas EMA.
3. Ketika ini juga harga membuat pembetulan( correction)= mengumpul kekuatan/re-accumulation
4. Volum juga meningkat dan ini merupakan kawasan WATCHLIST bagi pedagang long-term( swing ).
5. EMA50 cross-up EMA200 MERUPAKAN isyarat jelas perubahan harga yang akan berlaku=strong uptrend. Dalam carta ditunjukkan harga OWG
telah membuat kenaikan sebanyak 72% dalam tempoh 16 hari dagangan.
6. Selepas itu harga membuat pembetulan( re-accumulate) semula= pedagang mengambil untung. Kawasan ini adalah WATCHLIST kepada
pedagang short-term. Uptrend masih valid sekiranya harga berada di atas EMA100/EMA200.

D) DISTRIBUTION ( PENGEDARAN/PENJUALAN)
1. EMA5/EMA20 mula menunduk dan cross-down EMA100/EMA200. ( tiada dalam carta kerana OWG masih dalam major uptrend).
2. Dalam fasa ini harga mula menurun dan mengalami kejatuhan selepas mengalami kenaikan yang tinggi. Pedagang mula membuat
penjualan/mengambil untung. Ketika ini aktiviti dagangan melibatkan pedagang short-term.
3. Garisan EMA juga semakin ke bawah dimana EMA5/EMA20 berada di bawah garisan EMA100/200( harga semakin jauh kebawah dari garisan
EMA100/200) = rujuk semula fasa downtrend di atas.

NOTA :
1. Kajian ini menggunakan indikator Exponential Moving Average semata-mata. Perubahan trend juga boleh dikesan menggunakan instrumen lain
dalam analisis teknikal.
2. Perubahan trend boleh berlaku menyalahi analisis teknikal atas faktor-faktor tertentu selain dari faktor teknikal.
3. Corak perubahan trend juga berbeza bagi sesuatu harga saham dengan harga saham yang lain.

PENAFIAN:
CATATAN/KAJIAN INI ADALAH BUKAN BUY/SELLCALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN. SEGALA AKTIVITI DAGANGAN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO PEDAGANG SENDIRI.



Giao dịch đang hoạt động
OWG dalam pemerhatian, ada seakan corak Inverse Head and Shoulders selepas dari downtrend, 2 kali test resistance 0.475 (neckline), halangannya ketidakstabilan politik buat masa sekarang...watchlist
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Ngoài ra, trên:

Bài đăng liên quan

Thông báo miễn trừ trách nhiệm