MYX:PMETAL   PRESS METAL ALUMINIUM HOLDINGS BERHAD
PMETAL sejak beberapa minggu dagangan yang lalu dilihat bergerak dalam fasa mendatar selepas harga dilihat gagal menembusi rintangan

Jika diperhatikan lilin pada selang masa harian, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta 'cawan dan pemegang'
Harga terkini dagangan dilihat berada dekat dengan sokongan dinamik EMA20 harian (tidak ditunjukkan)
Melihat pada selang masa mingguan, kaunter ini dilihat masih cenderung dalam keadaan trend menaik
RSI harian dan mingguan kedua-duanya dilihat berada di paras positif dan berada di atas garisan purata RSI
Namun volum profil bagi corak carta 'cawan dan pemegang' adalah dilihat seakan tidak selari dengan pembentukan corak terbabit

Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga berjaya menembusi rintangan dengan volum

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti.
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.