FauziSaham

Rsawit menunjukkan isyarat Bearish Divergence

MYX:RSAWIT   RIMBUNAN SAWIT BHD
Kaunter hot Rsawit. Apakah masih mampu teruskan kenaikan atau akan mengalami kejatuhan?

Dengan menggunakan Money Flow Index (MFI) didapati Rsawit menunjukkan isyarat Bearish Divergence di mana Harga meningkat tetapi MFI menurun. MFI adalah indicator bersandarkan pada RSI dan volume.

Bearish Divergence pada MFI memberi gambaran, volume jualan (volume ketika harga jatuh) melebihi volume belian (volume ketika harga naik). Ini turut memberi gambaran berlakunya distribution.

Lebih menguatkan lagi Sell Signal ini ialah, isyarat ini terjadi ketika harga Rsawit berada di Upper Parallel Line Pitchfork.

Seperti biasa, apa-apa boleh berlaku dalam saham. 0.350 merupakan paras kritikal Rsawit untuk bertahan.

Sekiranya gagal bertahan atas 0.350, besar kemungkinan Rsawit akan mula jatuh.

Dan sekiranya ini berlaku, paras yang boleh jadi tumpuan untuk berlakunya lantunan adalah di sekitar 0.210 iaitu Fibonacci 0.618 ataupun MA 200.
Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.