Ajrun_

Scable: Perhati Bagaimana ia Pergi

MYX:SCABLE   SARAWAK CABLE BERHAD
Sektor: Kilang Pengeluar
Industri: Barangan Elektrik

1. Analisa Trend

I. Pada 20 Mei 2021, SCABLE telah memasuki fasa "sideways" setelah ia melakukan penurunan daripada paras harga 0.430 turun sehingga 0.335.
II. Seterusnya, SCABLE hanya bergerak naik sehingga 0.390(resistance) dan turun sehingga 0.335(support).
III. Pada 30 Julai 2021, SCABLE telah menembusi paras harga 0.390 dan ia tutup pada harga tersebut dengan volume yang tinggi.
IV. Jika ia kekal pada paras harga tersebut dengan volume yang signifikan tinggi, perubahan trend akan berlaku.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut. Ini menunjukkan ia sudah ingin melakukan kenaikan.

2. RSI - menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Bukan itu sahaja, ia sedang menghampiri kawasan "overbought".

3. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal pada 15 Julai 2021. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.

Boleh diperhatikan bagaimana SCABLE akan pergi nanti nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.