Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) WIDAD menurun QoQ dan YoY. Secara keseluruhan, iSaham mengkategorikan WIDAD sebagai syarikat negative earnings. - Dari sudut Teknikal, WIDAD hari ni telah menaik sebanyak 34% dengan dibuka gap up di sebelah pagi. - RBS 0.690 merupakan garisan penting untuk WIDAD tembusi bagi menutup gap down. - Sebelum ini, WIDAD pernah menutup gap down tetapi tidak berjaya melepasi RBS 0.690. - WIDAD meneruskan penurunan kemudian WIDAD berjaya BDTL. - Kemudian, WIDAD meneruskan kenaikan dan berjaya tutup di atas MA 50 dan semakin menghampiri RBS 0.690. - Jika harga tidak mampu melepasi RBS, boleh jadikan Fibo sebagai garisan untuk harga membuat pullback. Support terakhir adalah 0.500.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YoY = Year over Year. * Gap up = Harga dibuka lebih tinggi daripada harga ditutup sebelumnya. * RBS = Resistance Become Support. * Gap down = Harga dibuka lebih rendah daripada harga ditutup sebelumnya. * BDTL = Break DownTrend Line.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.