Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat.
Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya.
Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin pergi.
Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan, aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10 sen.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.