- Sektor: Sektor: Produk Pengguna, Barang Peribadi, Produk & Perkhidmatan Pengguna, IPO
Analisis Fundamental
-InNature Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam peruncitan dan pengedaran produk francais The Body Shop® di Malaysia Barat, Sabah dan Labuan, Vietnam dan Kemboja.
- Konsisten membuat keuntungan walaupun ketika PKP yang ketat pun masih mampu membuat untung dan turut memanfaat platform online disebabkan keadaan penyebaran Covid-19 yang masih tular. Hal ini menandakan bahawa INNATURE mempunyai asas fundamental yang kuat.
- Merupakan saham pilihan syarikat yang menjadi pilihan insitusi. Kumpulan Wang Persaraan juga memiliki pegangan saham bernilai sebanyak RM7.8 juta.
Analisis Teknikal
-INNATURE tidak bernasib baik kerana didagangkan pada fasa market crash pada Mac 2020.
- Beberapa perkara yang boleh dilihat:
1. Pembentukan corak Cawan dan Pemegang. Kini tinggal untuk mengesahkan pembentukan ini sekiranya memecahkan fibo 0.618 dan bertahan di atas harga RM0.695.
2. Kedalaman 'U' atau kedalaman cawan tersebut boleh dijadikan menjadi target harga untuk jangka panjang.
3. MACD telah melakukan golden cross menunjukkan signal belian telah ada.
4. Momentum RSI juga melebihi 50 menandakan bahawa saham INNATURE mempunyai momentum.
5. Perlu memecakan rintangan dan bertahan di rintangan fibo 0.618 (RM0.695) untuk melengkapkan corak pemegang dan cawan
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran semata dalam mengaplikasikan sokongan dan halangan dalam chart.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.