MATX dalam selang masa mingguan dilihat masih bergerak mematuhi trend kenaikan dengan EMA20 dilihat bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Hari terkini dagangan memperlihatkan lilin harian membentuk 'inverted hammer' yang kebiasaannya merupakan isyarat pembalikan. Jika diteliti kedudukan lilin tersebut terbentuk, kita dapati ia berada berdekatan dengan garisan rintangan menunjukkan keengganan harga untuk naik melepasi rintangan. Ditambah pula dengan ketinggian volum yang dilihat lebih daripada paras purata volum harian seolah mengesahkan pembentukan lilin tersebut. Walaubagaimanapun ini bukanlah jaminan harga akan gagal melepasi rintangan dan mencari sokongan. Perlu diperhatikan juga paras RSI harian yang dilihat berada di atas paras purata RSI dan berada di zon positif menunjukkan terdapatnya masih terdapatnya momentum.
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.