syedasyraf

Gula MSM membentuk Hidden Bullish Divergence?

MYX:MSM   MSM MALAYSIA HOLDINGS BERHAD
Apa itu Hidden Bullish Divergence?

Hidden Bullish Divergence boleh disebut sebagai continuation pattern semasa sesuatu kaunter itu sedang berada dalam fasa uptrend.
Walaupun berlakunya momentum jualan yang lebih besar dalam sesuatu saham, namun harga tidak mampu ditolak untuk turun lebih bawah.

Kita akan melihat pada beberapa perkara:

1. Pembentukan pada chart apabila higher low terbentuk.
Mungkin dapat mejangkakan bahawa harga akan bergerak ke atas disebabkan momentum jualan yang lebih kuat pun tidak mampu untuk menolak harga ke bawah. Ini menujukkan bahawa minat belian saham MSM lebih kuat.

2. Indicator RSI yang membentuk lower low telah menunjukkan momentum jualan yang lebih kuat telah berlaku. Namun momentum tersebut tidak menolak harga saham untuk jatuh lebih jauh.

3.Pending Golden Cross MACD. MACD merupakan salah satu indicator laggard. Sekiranya berlakunya persilangan golden cross di mana garisan biru akan cross garisan kuning merupakan petanda bahawa saham akan memulakan pergerakan uptrend.

Setelah kenaikan yang agak banyak telah berlaku pullback menandakan bahwa chart MSM ini masih melakukan kenaikan yang sihat.

Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan bullish divergence dalam chart.

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya

#TAYOR #BAYOR
Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.