28 Jun 2020 - Perhati Rapat-Rapat Indeks Teknologi

51
Timeframe harian menunjukkan indeks teknologi telah melakukan pendakian sejak 20 Mac 2020 hingga minggu lepas.
Paras rintangan kritikal iaitu di 42.30 juga telah disentuh.
Sejarah menunjukkan berlaku perubahan trend sebanyak 2 kali apabila harga mencecah paras ini iaitu pada Oktober 2018 dan Januari 2020.
Paras ini telah disentuh untuk kali ke-3 pada 11 Jun 2020 dan tidak berjaya dipecahkan.
Untuk meneruskan kenaikan, indeks sektor ini perlu pecahkan paras ini. Jika tidak berjaya, indeks perlu kekal di atas sokongan. Jika tidak, kemungkinan trend reversal agak tinggi.
Selain itu, dalam timeframe daily, indikator stochastic RSI juga menunjukkan tanda seperti bearish divergence.
Ini menunjukkan terdapat kelemahan dan mungkin akan ada perubahan trend dalam masa terdekat.

Dalam timeframe migguan dapat dilihat paras 42.30 adalah rintangan yang kuat.
Timeframe mingguan juga menunjukkan kenaikan indeks teknologi agak agresif dan tiada bentuk zigzag yang ketara.
Candle minggu lepas juga menunjukkan simbol doji dan ini menunjukkan ketidakpastian hala taju untuk minggu depan, samada terus mendaki, sideway ataupun menurun.

Timeframe bulanan menunjukkan kenaikan indeks teknologi yang agresif.

Perhati rapat-rapat. Ini sekadar kajian.

#mahersaham #teknologi #jun20 #FIAR

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.