Idea analisis: ~Fundamental~ - TELADAN baru sahaja disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada 16 Mac 2021.
~Teknikal~ - TELADAN masih berada di atas trend line dan meneruskan kenaikan dengan membuat HHHL. - Terkini, muncul dua petunjuk yang menandakan harga akan membuat reversal: 1) Signal 'strong bearish divergence' daripada indikator stochastic RSI. 2) Candlestick shooting star. - Adakah dua signal ini akan menamatkan riwayat kenaikan TELADAN? - TELADAN perlu bertahan di atas dua paras support bagi melawan dua petunjuk reversal ini: 1) Trend line (rujuk garisan trend berwarna biru). 2) RBS pada paras harga RM 0.695. - Jika harga tidak mampu bertahan di atas dua paras support ini, TELADAN berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke support seterusnya pada paras harga RM 0.645.
Nota kaki: * HHHL = Higher High Higher Low. * Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend. * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high). * Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.