Harga matawang kripto Ripple dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pada selang mingguan, pergerakan harga seakan membentuk corak carta cawan dan pemegang Profil volum juga adalah dilihat selari dengan pembentukan corak carta pada selang mingguan Walaubagaimanapun candle pada selang harian dilihat menunjukkan anomali yang tidak selari dengan volum Volum dilihat sedikit berbanding dengan pembentukan candle marubozu pada hari dagangan yang lalu Harga masih perlu melepasi rintangan corak carta yang juga selari dengan kawasan supply sebelum mampu meneruskan kenaikan Perlu juga diingat harga masih lagi belum melepasi rintangan dinamik MA50 mingguan
Selagi harga masih belum memecahkan rintangan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membanu anda. Terima kasih!
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.