Idea analisis: ~Teknikal~ - Dalam time frame 1 jam, SCIB dilihat telah berjaya melengkapkan major wave 1 yang baru dengan kenaikan sebanyak 93.43%. - Terkini SCIB dilihat sedang melengkapkan major wave 2. - Persoalannya, adakah SCIB telah berjaya melengkapkan major wave 2 atau sebaliknya? - Jika diperhatikan, SCIB telah berjaya melengkapkan major wave 2 dengan retracement sebanyak 61.8% daripada major wave 1 dengan 3 justifikasi: 1) Muncul signal 'strong bullish divergence'. 2) Muncul candlestick 'three outside up' yang merupakan reversal candlestick pattern. 3) Muncul candlestick 'upside gap three methods' yang merupakan bullish continuation candlestick pattern. - Paras fibonacci 38.2% (RM 0.780) perlu dilepasi oleh SCIB bagi mengesahkan major wave 3 dan harga kemudian berpotensi menuju ke paras fibonacci 161.8% iaitu pada paras harga RM 1.300. - Walaubagaimanapun, volume yang muncul ketika ini adalah tidak signifikan. - Jika SCIB tidak mampu bertahan di atas support terbaru pada paras RM 0.610 pula, harga berpotensi jatuh sehingga ke paras harga RM 0.560 iaitu kepanjangan saiz minor wave A mengikut guideline 'zig zag' dalam Elliott Wave. - SCIB juga boleh membuat kejatuhan maksimum sehingga ke paras harga RM 0.495 iaitu 88.7% retracement daripada major wave 1 dan jika harga jatuh sehingga ke paras awal kenaikan wave 1 iaitu pada paras harga RM 0.450, major wave 2 dikira tidak valid mengikut peraturan Elliott Wave dan perlu dinilai semula. - Jika dilihat pada timeframe 1D pula, SCIB masih dibawah MA 50 dan MA 200 menandakan SCIB masih downtrend untuk mid term dan long term.
~Fundamental~ - Secara overall, keuntungan dan perolehan SCIB dilihat menaik. - Ini menjadikan keuntungan dan perolehan SCIB meningkat untuk YoY masing² sebanyak 953.15% dan 432.33%. - SCIB juga buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya pada tahun ini, 2021 sebanyak 7.2 sen sesaham.
Nota kaki: * Major wave = Rujuk nombor berwarna hijau yang dibulatkan. * Minor wave = rujuk nombor (berwarna kelabu) dan huruf (berwarna merah) yang dalam kurungan. * Sub minor wave = Rujuk nombor (berwarna hitam) dan huruf (berwarna merah) yang dibulatkan. * Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan. * Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low). * Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.