naimmp98

EFORCE (Cawan dan Pemegang telah Berjaya Dipecahkan)

MYX:EFORCE   EXCEL FORCE MSC BHD
Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Software, Stock Brokers.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Keuntungan EFORCE secara overall dilihat berada di dalam trend menaik. Keuntungan EFORCE untuk YoY meningkat sebanyak 104.86%.
- Hasil (revenue) EFORCE juga secara overall dilihat berada dalam trend menaik dan juga meningkat YoY sebanyak 50.06%.
- EFORCE memberikan pelaburnya dividen. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan dilihat semakin berkurang walaupun keuntungan syarikat secara overall adalah menaik. Dividen terkini pada tahun 2021 sebanyak 1 sen sesaham adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya:
• 2020: 1 sen sesaham.
• 2019: 1.5 sen sesaham.
• 2018: 1.5 sen sesaham.
• 2017: 2 sen sesaham.
• 2016: 3 sen sesaham.

~Teknikal~
- EFORCE dilihat membentuk cup and handle pattern.
- Sebelum pembentukan 'handle', EFORCE dilihat membuat kenaikan yang ketara untuk satu hari dengan volume yang signifikan.
- Kemudian, EFORCE membuat pullback dan berjaya rebound di atas fibo 0.5 menandakan kekuatan kenaikan EFORCE ini adalah sederhana (medium uptrend).
- Pullback dan rebound ini telah berjaya melengkapkan cup and handle pattern.
- Terkini, EFORCE berjaya breakout cup n handle pattern.
- Breakout ini juga mungkin didorong oleh signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan bahawa momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Jika EFORCE berjaya bertahan di atas paras harga RM 0.670 yang merupakan RBS dan neckline bagi EFORCE, harga berpotensi menuju ke dua paras harga:
1) RM 0.805 yang merupakan fibo 1.618.
2) RM 0.925 yang merupakan target bagi teori cup and handle pattern.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.\
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Neckline = Paras harga yang merupakan rintangan / resistance bagi sesuatu pembentukan chart pattern. Dalam idea analisis ini, neckline adalah rintangan / resistance bagi cup and handle pattern.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Thông báo miễn trừ trách nhiệm

Thông tin và ấn phẩm không có nghĩa là và không cấu thành, tài chính, đầu tư, kinh doanh, hoặc các loại lời khuyên hoặc khuyến nghị khác được cung cấp hoặc xác nhận bởi TradingView. Đọc thêm trong Điều khoản sử dụng.